Thursday, 11 October 2012

sii tukang gosip



sesungguhnya gaji guru dibayar untuk mengumpat murid sendiri kah ?

harap tidak hilang rasa hormat aku sebagai murid yang kau bimbing atas sikap mu yang suka menjaja hal peribadi orang lain . ya kau guru ku . kau beri aku ilmu . tapi itu semua bukan modal untuk kau mempertikaikan kehidupan luar sekolah ku . cukup lah sekadar aku mengikut peraturan di sekolah , hadir kan diri menghadap perkara yang sama berulang kali walaupun sering ku tundukkan kepala ke atas meja tidak larat mendengar celoteh kalian , tidak melakukan onar di kawasan sekolah , dan tidak berkurang ajar dengan para guru  , bagi setakat ini saja lah .

sekadar jelingan maut mu itu kau mahu harapkan aku takut ? tidak . aku pencabar . senyuman mengutuk mu itu tiada ku risau malah juga ku balas dengan senyuman sinis ku . walau berpuluh pasang mata yang menjeling ke arah ku tidak ku gentar . tidak membawa kematian pun . sekadar lidah kalian yang petah berbahasa itu mahu mempertikaikan cara hidup ku dengan mengata di bilik guru yang sepatutnya menjadi tempat pendidik dan bukan pejabat melodi itu tiada membawa keuntungan mahupun malang kepada diri ku . umpat saja la . heboh kan ke setiap sudut sekolah bahawa pelajar mu seorang yang buruk perangai !

tiada hairan la ramai pelajar mengata kau . rupanya mereka juga belajar dari pembimbing mereka . haha . hormat ? kau ingin dihormat ? fikir sejenak . murid tidak akan menghormati gurunya sekiranya guru itu sendiri tidak menghormati muridnya . apatah lagi sehingga guru tersebut sanggup melayari facebook semata-mata mencari bahan lelongan gosip ! buruk pandangan mu terhadap diri ku ? persetan kan semua itu sebab pandangan ku juga terhadap kau wahai guru juga buruk ! 

tiada manusia sempurna wahai guru ku . begitu juga dirimu . 





No comments:

Post a Comment